School&Hostel Life GONE

4/20/2018 10:09:00 am

Assalammualaikum, Hai.😀💗



Dah habis zaman sekolah, mulalah aku perlu lalui cabaran kehidupan sebenar diluar sana. Semua keputusan perlu dibuat sendiri dengan bijak kalau tersalah langkah sikit  aku akan sesat, tapi kalau dah sedar kita sesat, kita jangan terus dengan jalan yang sesat  tu cepat cepatlah kita tukar jalan yang sebenar agar kita selamat dan sampai ke destinasi dengan selamat.

Jujur, aku rindu zaman sekolah. Kalau tanya orang yang dah habis sekolah pun mesti mereka rindu zaman persekolahan mereka ada juga yang tak rindu. Zaman kita membesar dengan penuh peraturan disiplin, dan peraturan disiplin tulah dapat membentuk siapa diri kita yang sekarang. Walaupun dulu semua pernah je langgar peraturan sekolah, lagi-lagi pada siapa yang duduk di asrama kan? HAHAHA. 😑 Siapa yang reti sorok diorang buat salah tu selamat lah, aku selalu jugak langgar tapi aku ikut nasib kadang-kadang selamat tak terkantoi tapi kadang-kadang pernah terkantoi kottt, tak pasal-pasal kena panggil dengan pengawas masa dalam kelas, pengawas cakap cikgu disiplin panggil, haaa sudah. Tapi nasib baik selamat je tak kena rotan tak kena apa, lepas daripada tu aku taubat taknak nakal macamtu lagi dah. Hahahaha tu semua kenangan.

Selama 12 tahun bersekolah dan bergelar sebagai pelajar sekolah dan 3 tahun bergelar pelajar asrama.
Siapa yang pernah duduk asrama lagi lah sangatttt rindu kenangan dekat asrama. Berpisah dengan kawan kawan dekat asrama yang selama bertahun tahun tidur,makan,mandi,menangis,ketawa,kena marah sama sama amatlah memeritkan. Ambil masa yang panjang untuk move on sebab kenangan macamtu nak dapat dekat mana lagi? dekat asrama lah dapat jaga masa yang berkualiti. Contohnya, solat awal waktu, solat jemaah, mathurat pagi&petang, hafazan ramai2, buka puasa ramai2. Aku rindu bau dan pemandangan dorm, dewan makan asrama,bilik rehat,surau,bilik mandi,meja mcd, stor sukan, court,bilik gosok, bilik basuh dan yang paling aku tak boleh lupakan dekat asrama adalah warung asrama.

As a senior form5 dekat asrama F5 lah kena handle kalau ada apa apa masalah dekat asrama, aku ingat lagi masa hampir satu asrama kena histeria kitorang F5 lah satu batch handle semua masa tu nampaklah semangat kerjasama satu batch dan tak dilupai dibantu oleh beberapa batch F4 terima kasih membantu. Yang aku tak sangka aku berani jugak and aku tak ada kena apa apa gangguan padahal kawan kawan aku yang lain tolong kena kacau Alhamdulillah lah aku tak kena apa apa masih kuat iman lagi ceh.

Yup, kenangan manis aku banyak di asrama. Asramalah tempat aku banyak belajar mengenai pengurusan diri, kekemasan, kemas tempat tidur, lipat baju, basuh baju, tepati masa, solat awal waktu, puasa sunat ramai ramai, belajar bersungguh-sungguh padahal time prep memekak je hahaha k tu kenangan k. Banyak yang aku belajar dan banyak yang aku sedar. Aku bersyukur Allah hantar aku ke asrama dan rasa betapa manisnya perancangan yang ditetapkan oleh Allah untuk aku. Alhamdulillah.

Aku ingat lagi masatu sesi maghfirah sebab esok tu dah SPM so kena la mintak maaf dalam pukul 1 pagi nak dekat pukul 2 pagi jugakla kitorang mintak maaf satu batch baru keluar DM HAHAHA buat hal betul lah. Batch kitoranglah paling banyak main walaupun tahun itu tahun duduki SPM, tapi banyak main pun GPA batch kitorang tahun 2018, pengurus asrama dan ketua warden asrama cakap kitorang paling bagus daripada tahun tahun sebelum ni. Alhamdulillah berysukur gila. Okay sambung pasal sesi maghfirah pagi tu Aspura batch kitorang cakap nak sesi maghfirah lagi sekali tak ingat lah sebab apa diorang nak buat lagi sekali. Masa aspuri batch kitorang dah buat barisan menghadap ketua batch tiba tiba aspura serang baling belon air dari belakang hahahaha semua aspuri batch kitorang mengamuk sebab basah dah la ada yang ada kelas tambahan masatu dah lambat aduh buat hal pulak dorang hahahahaha tapi itulah kenangan.

Aku jugak takkan lupa partner aku Sarah Lina dia exco kebajikan, aku timbalan exco kebajikan bilik sakit aspuri tu hanya kitorang dua dan ajk bawah kitorang sahaja yang boleh masuk sesuka hati hahaha, bila teringat balik rasa kelakar gila sebab ramai budak budak homesick tapi cakap demam sebab nak balik rumah hahhahahaahaha okay. Kalau nak cerita kenangan asrama ni memang tercabut lah jari aku sebab idea mencurah curah je datang tapi jari aku dah rasa nak terputus dah wey.

Walau apa pun jalan cerita kita, kita cuba terima dengan hati yang terbuka dan kita hayati saat keadaan yang kita alami itu walaupun sesusah manapun sebab bila kita dah tak ada dekat situasi tu nanti bila kita teringat balik mesti kita akan rindu. Berdoalah yang terbaik, Allah maha mendengar.Aku doakan diri aku dan kawan kawan aku tak kira lah siapapun semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat redha Allah dan diberi ketenangan Allah SWT.

Terima kasih kepada sesiapa yang pernah hadir dan pergi dalam hidup aku dan itu semua membuatkan kehidupan aku sangat indah. Thank YOU!!

Okay nak pergi rehat, see ya!





You Might Also Like

0 comments

If You feel sad, remember

  • Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW (Rasulullah)
  • Solat
  • Parents
  • Al-Quran
  • Stay Positive

Positive Messages

''Maka ingatlahkepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu" (Qs. Al Baqarah : 152)

"Sepenuh harapan pada Allah''

"Perancangan Allah itu manis dan indah untuk orang yang bersabar"