Mama is my life inspiration

4/19/2018 10:57:00 pm


Assalammualaikum, 
Nabi Muhammad SAW adalah idola hidup tapi my mom adalah inspirasi hidup aku. Nama mama aku Noriah Ismail.  Aku bangga ada seorang mama yang begitu pandai, tabah,  kuat,  professional dalam segala hal, positive, penyayang, dan banyak lagi sifat dia yang aku kagumi sehingga aku tak nampak pun kekurangan yang dia ada. Kenapa mama adalah inspirasi hidup aku? Sebabnya, mama telah buktikan orang yang dahulunya kehidupan dia susah boleh bangkit dan rasa kehidupan yang cukup sempurna bagi dia sekarang.  Apa yang aku tahu dulu mama belajar dekat SM Sains Kelantan dan sambung belajar sampailah peringkat PHD. Mama sambung belajar dekat Overseas, University Indiana & Lowa University which is dekat USA. Masa mama sambung belajar dekat overseas tu mama dah kahwin and tengah mengandungkan kakak aku yang first, kakak aku membesar dekat USA. Aku terbayangkan masa usia muda, menjadi seorang student cemerlang, seorang isteri,  seorang ibu sangatlah penat tapi mama aku mempunyai semangat luar biasa yang bolehkan dia terus berjalan dan peroleh kejayaan. Aku pernah tanya mama, negara mana je mama tak pernah pergi lagi hampir semua negara dia pernah pergi aku rasa terharu tambah sikit tercabar sebab aku tak pernah pergi luar negara,  paling jauh aku pergi setakat ni Sabah.  Hahahaha takpe.  Aku akan jadi macam mama.  Tapi setiap kesenangan,  keindahan yang mama dapat sekarang ni sebalik dia sangat sukar. Mama berasal daripada keluarga yang miskin suatu ketika dahulu.  Mama cerita dulu mama belajar guna lampu lilin je. Sawah tu tempat mama dan adik beradik mama main. Aku bangga sebab sampai sekarang mama tak pernah lupa akan kesusahan yang dia sendiri alami dulu. Mama bangkit untuk bagi anak anak dia merasakan kesenangan dan taknak kesusahan yang dia rasa dulu. Sekarang pun,  anak-anak dia semua dah berjaya Alhamdulillah. Hasil penat, usaha mama bekerja siang malam tak dapat dibayangkan sebab mama seoarang yang professional kalau melakukan tugasan kerja.  Mama tak pernah tunjuk pun yang dia tengah penat, tengah stress depan anak anak dia,  walaupun aku tahu segala yang dia lalui dan hadapi sangat memeritkan dan perlu ada sifat kesabaran yang tinggi.  Setiap kesusahan yang mama alami baba sentiasa temani. Aku akan cuba sehabis baik aku untuk buat mama&baba bangga walaupun itu masih tidak cukup untuk membalas semua yang mereka telah lakukan. Aku berharap untuk menjadi seperti mama aku sendiri suatu hari nanti. Aku tak dapat bayangkan kalau mama dah pergi dari hidup aku suatu hari nanti boleh ke aku jadi sekuat mama?  boleh ke aku berjaya macam mama?  aku nak ada semangat yang macam mama ada.  InshaAllah. 


You Might Also Like

0 comments

If You feel sad, remember

  • Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW (Rasulullah)
  • Solat
  • Parents
  • Al-Quran
  • Stay Positive

Positive Messages

''Maka ingatlahkepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu" (Qs. Al Baqarah : 152)

"Sepenuh harapan pada Allah''

"Perancangan Allah itu manis dan indah untuk orang yang bersabar"