Kejahilan Manusia

4/19/2018 09:28:00 am

Assalammualaikum.

Ye tahun ni masuk 18 tahun walaupun belum birthday lagi. Aku bukannya nak bangga ke apa dah 18 tahun, sebab aku tahu masih jauh dan banyak lagi yang aku kena belajar dan akan kena tempuhi pada masa akan datang. Tapi aku bersyukur sebab selama 18 tahun ni hidup banyak yang Allah nak tunjuk dekat aku pahit ke manis ke semua tu aku bersyukur apa yang jadi dalam hidup aku ni, aku kena terima segala kekurangan dan kelebihan yang aku ada sebab tu semua aturan dari Allah dan ujian dari Allah.Aku akan belajar daripada masa lepas aku kalau boleh taknak ada dekat zaman itu dah. Time to stand up and change!

Sebagai manusia, aku kadang-kadang risau kalau sekarang aku macamni dalam berapa hari nanti aku macamtu pula, aku taknak, sekarang memang kata taknak tapi bimbang pada masa akan datang sebab kita tak tahu siapa kita pada masa akan datang, tapi aku percaya kita boleh berdoa dan cuba kawal diri kita daripada melakukan dosa. Kau,Aku,Kita hanyalah manusia yang tidak sempurna kadang-kadang tersalah langkah, kadang-kadang iman masih turun naik, Tapi kita juga tidak boleh jadikan itu sebagai alasan untuk kita menghampiri kemungkaran.

Kalau aku tersalah langkah selepas ini, aku berharap sahabat aku sentiasa ada untuk tegur aku dan bawa aku balik kejalan yang lebih baik. Aku juga akan sentiasa berhati-hati untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Semoga dengan kemudahan yang semakin canggih ini aku dapat melakukan kebaikan kejalanNya walaupun sedikit.

You Might Also Like

0 comments

If You feel sad, remember

  • Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW (Rasulullah)
  • Solat
  • Parents
  • Al-Quran
  • Stay Positive

Positive Messages

''Maka ingatlahkepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu" (Qs. Al Baqarah : 152)

"Sepenuh harapan pada Allah''

"Perancangan Allah itu manis dan indah untuk orang yang bersabar"