Still trying to be better.

11/27/2015 10:57:00 am



Bismillah.
Kadang-kadang aku ada terfikir cukup baik ke aku ni? cukup ke amalan aku untuk ke syurga dan berjumpa denganNya? kadang kadang aku terasa kenapa aku lebih cintakan dunia berbanding akhirat? kadang kadang aku pelik, aku nak kejar akhirat, nak kejar syurga, tapi aku tak cukup bersungguh untuk mendapatkan apa yang aku nak tu. Aku selalu cuba perbaiki diri aku dari hari ke hari untuk jadi lebih baik daripada hari semalam. Dalam aku mencuba aku ada jugakla terpesong dan gagal yela aku sedar aku ni cuma manusia yang selalu buat kesalahan, hanya hamba Allah yang masih mencari redhaNya, mencari hidahyahNya, aku cuma hamba Allah yang lemah dan selalu cuba untuk menjadi hambanya yang lebih baik dengan berdoa dan berdoa. Title perempuan muslimah sejati belum ada pada aku lagi, aku rasa apa yang aku buat ini semua masih belum cukup aku masih belajar untuk kejalanNya, dan dalam aku belajar ini aku percaya ibu bapa, adik beradik, selalu mendoakan aku dan sesama mereka juga untuk berjaya mencapai akhirat yang diidamkan. Aku juga berdoa agar kawan kawan seperjuangan ku berjaya untuk mengecapi akhirat dan sentiasa di rahmatiNya. Tak tipu, bila kita ada di jalanNya semasa di dunia kita akan rasa selamat, kita akan rasa sangat tenang dan juga kita rasa tak sabar mahu tinggalkan dunia. Aku sangat berharap dengan sedikit amalan aku buat ini amat berharga dan tidak sia sia. Allah sangat meyayangi hambanya. Lakukan semua perintahnya dan tinggalkan laranganNya kerana Dia telah banyak memberi kita nikmat,rezeki dan kebahagiaan yang kadang kadang aku kita semua merungut kerana melihat kebahagiaan orang lain, padahal semua ini Allah sudah bagi cukup malah lebih daripada apa yang kita perlukan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah! Thank You Allah: Islamic Quotes, God Faith, Allah Code, Heart Chance, Inspirational Quotes, Islam God, Allah Whyislam, Allah Love, Faith Path

You Might Also Like

0 comments

If You feel sad, remember

  • Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW (Rasulullah)
  • Solat
  • Parents
  • Al-Quran
  • Stay Positive

Positive Messages

''Maka ingatlahkepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu" (Qs. Al Baqarah : 152)

"Sepenuh harapan pada Allah''

"Perancangan Allah itu manis dan indah untuk orang yang bersabar"