رمضان

4/21/2018 12:03:00 pm

 Image result for ramadhan tumblrAssalammualaikum.
I just too excited and cannot wait too long for Ramadhan,  the most miracles month for me. 
Ya Allah semoga aku sempat bertemu dengan bulan Ramadhan dan dapat buat sehabis baik dan tak sia siakan peluang yang Allah berikan untuk kita sebagai umat islam melaksanakan rukun islam dan memperbayakkan lagi pahala kita pada bulan Ramadhan ini. 
Harap aku bersungguh sungguh untuk tahun ini, aku taknakla awal awal minggu je semangat tapi nanti dah kurang semangat,  tahun ni InshaAllah akan konsisten sampai habis Ramadhan.
Alangkah indahnya kalau aku dapat bertemu dengan malam lailatul qadar dalam keadaan yang baik. InshaAllah doalah yang terbaik. Bersahur, Berbuka, Terawih,  Taddarus, Moreh, dan Ceramah lebih bermakna pada bulan Ramadhan.  Bulan dimana Seluruh umat islam yang berada di bumi bersama sama berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga tapi berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga je,  berpuasa juga perlu menahan diri daripada melakukan perkara yang makhruh dan perkara yang boleh mebatalkan puasa.  Puasa juga mendidik kita menjadi seorang yang lebih penyabar,  yang lebih memahami keadaan orang yang miskin dan susah untuk mendapat makanan, mendidik kita supaya lebih bersyukur atas rezeki yang Allah berikan, mendidik kita untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah sunat yang boleh menambahkan bekalan pahala di akhirat nanti. Berpuasa juga, menahan diri daripada melakukan laranganNya
Aku akan share dekat sini persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang tak berapa lama je lagi kita nak jumpa dia, tetamu kita tu  kita kena sambut dan layan tetamu kita dengan baik.
Tips untuk persedian menghadapi bulan Ramadhan:
1) Qada'puasa.
- sempat lagi untuk qada'puasa sebelum bulan Ramadhan tiba.
2) Puasa Sunat.
- ini dapat latih diri kita supaya dah terbiasa untuk puasa, so nanti takdela macam culture shock masa bulan Ramadhan, kita boleh handle lagi kalau kita lapar ke ape ke masa bulan Ramadhan sebab dah terbiasa puasa sunat.
3)Baca Al-Quran.
4)Doa&zikir.
5)Makan bersederhana.
6)Taubat Nasuha.
7)Solat Berjemaah.
8)Bersedekah.
9)Latih diri bersabar.
Okay boleh dah la nak ready untuk bulan Ramadhan tahun 2018 ni. ✨✨
Kita pastikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita, kita buat sehabis baik macam inilah ramadhan terakhir untuk kita,  sebab kita tak tahukan ajal Allah untuk kita bila. Semoga setiap ibadah yang kita buat diikuti dengan keikhlasan dan niat kerana Allah. Sebanyak manapun kita beribadah tapi takada keikhlasan tu,  tak bermakna semua tu.
Doa supaya kita kuat, ikhlas, kental untuk terus melakukan kebaikan ke jalanNya.
"Kerana setiap ketenangan itu semuanya apabila kita berada dijalan Allah."


You Might Also Like

0 comments

If You feel sad, remember

  • Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW (Rasulullah)
  • Solat
  • Parents
  • Al-Quran
  • Stay Positive

Positive Messages

''Maka ingatlahkepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu" (Qs. Al Baqarah : 152)

"Sepenuh harapan pada Allah''

"Perancangan Allah itu manis dan indah untuk orang yang bersabar"