Dunya Vs Akhirah

4/19/2018 10:06:00 am

 Related image




Assalammualaikum.

Aku sedar dulu aku terlalu kejarkan dunia seperti, mahukan perhatian manusia, mahukan kemewahan, mahukan pujian dan akhirnya aku tetap rasa kosong dan tak puas dengan apa yang aku perolehi lebih senang kata, aku ni tak bersyukur. Ye, sebab semua tu hanyalah duniawi. Semua benda tu kita takkan rasa puas kalau kita kejar. Aku mengaku itu aku suatu ketika dahulu. Tapi sekarang aku bersyukur Allah sedarkan aku awal bahawa dekat lah kepada Dia pasti kita akan rasa ketenangan.

YA! tersangatlah betul, bila kita letakkan 100% harapan dan kepercayaan kepadaNya semua akan dipermudahkan, semuanya akan terasa tenang. Ayat ''kalau kita kejar akhirat,dunia akan datang dekat kita" tersangatlah betul.Aku berharap aku akan selalu macamni, dan kalau aku tergelincir aku harap cepat cepatlah aku sedar.

Tapi, biasalahkan kalau kita sudah berada di jalan yang betul mesti ada kawan2 kita yang dahulu, akan cakap macam macam dengan kejahatan dan kejahilan yang pernah aku lakukan dahulu. Mereka juga pasti akan meninggalkan kita kerana tidak selesa dengan perubahan diri kita secara tiba-tiba ini. Aku terima semua itu dengan hati yang terbuka sebab dulu salah aku juga yang lakukan kesalahan, yang penting sekarang aku insyaAllah taknak ulang benda macam tu lagi. Aku juga percaya manusia dalam kehidupan ni akan ada yang datang dan ada yang pergi itu lumrah kehidupan yang semua orang akan rasa yang penting kita tahu apa yang kita pilih dan lakukan untuk kehidupan dan juga untuk alam selepas kehidupan, iaitu kematian.

Biar kita hilang kawan kerana Allah,  jangan kita hilang Allah kerana kawan.  contohnya,  kita berdakwah,  selalu post benda islamik,  selalu tegur kalau kawan kita tu salah and dia tak selesa for me lah kalau pandangan orang lain tak tahula tapi dari segi pandangan saya kita teruskan dengan jalan Allah jalan itu yang lebih baik dan takde salah apa pun,  kalau kawan kita nak tinggalkan kita, let them be.  Kita ada Allah.  manusia mmg akan datang dan pergi.  itu lumrah kehidupan yang kita kena terima. 


 Semoga aku dan kau lebih kuat,matang,tabah,positive dan sabar dalam hari yang mendatang.

You Might Also Like

0 comments

If You feel sad, remember

  • Allah SWT
  • Nabi Muhammad SAW (Rasulullah)
  • Solat
  • Parents
  • Al-Quran
  • Stay Positive

Positive Messages

''Maka ingatlahkepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu" (Qs. Al Baqarah : 152)

"Sepenuh harapan pada Allah''

"Perancangan Allah itu manis dan indah untuk orang yang bersabar"