Kadang-kadang aku ada terfikir cukup baik ke aku ni? cukup ke amalan aku untuk ke syurga dan berjumpa denganNya? kadang kadang aku terasa kenapa aku lebih cintakan dunia berbanding akhirat? kadang kadang aku pelik, aku nak kejar akhirat, nak kejar syurga, tapi aku tak cukup bersungguh untuk mendapatkan apa yang aku nak tu. Aku selalu cuba perbaiki diri aku dari hari ke hari untuk jadi lebih baik daripada hari semalam. Dalam aku mencuba aku ada jugakla terpesong dan gagal yela aku sedar aku ni cuma manusia yang selalu buat kesalahan, hanya hamba Allah yang masih mencari redhaNya, mencari hidahyahNya, aku cuma hamba Allah yang lemah dan selalu cuba untuk menjadi hambanya yang lebih baik dengan berdoa dan berdoa. Title perempuan muslimah sejati belum ada pada aku lagi, aku rasa apa yang aku buat ini semua masih belum cukup aku masih belajar untuk kejalanNya, dan dalam aku belajar ini aku percaya ibu bapa, adik beradik, selalu mendoakan aku dan sesama mereka juga untuk berjaya mencapai akhirat yang diidamkan. Aku juga berdoa agar kawan kawan seperjuangan ku berjaya untuk mengecapi akhirat dan sentiasa di rahmatiNya. Tak tipu, bila kita ada di jalanNya semasa di dunia kita akan rasa selamat, kita akan rasa sangat tenang dan juga kita rasa tak sabar mahu tinggalkan dunia. Aku sangat berharap dengan sedikit amalan aku buat ini amat berharga dan tidak sia sia. Allah sangat meyayangi hambanya. Lakukan semua perintahnya dan tinggalkan laranganNya kerana Dia telah banyak memberi kita nikmat,rezeki dan kebahagiaan yang kadang kadang aku kita semua merungut kerana melihat kebahagiaan orang lain, padahal semua ini Allah sudah bagi cukup malah lebih daripada apa yang kita perlukan.
Asrama Sebestari SMK Sungai Pusu Batch 15. Okayyyy. Tahun ni aku jumpa pelbagai jenis kawan yang berlainan perangai it's 2015 right~. Sepanjang aku duduk asrama aku rasa lain sangat aku rasa aku selesa duduk asrama sebab aku suka berdikari baru aku rasa macam ada life sendiri, kalau aku duduk rumah memang aku rasa takde life lah semua benda mama je yang nak buat, yang peliknya selama 3 tahun aku sekolah situ aku tak pernah tahu sekolah tu ada asrama hmm nampak sangat aku ni tak suka ambik tahu hal sekolah. Okaylah, aku budak baru time tu aku pendiam sangat sebab aku memang tak suka bercakap dengan orang yang aku tak kenal lagi semua la batch 15 aku tak kenal and aku tak kisah pun kenal ke tak dorang ni time tu yang aku fikir time masuk asrama tu aku nak rasa yang aku ada life aku sendiri ni tak acah okay, aku nak rasa basuh baju sendiri, bangun pagi sendiri, semua sendirilah, dah lama lama aku dah makin tunjuk perangai aku and aku pun dah kenal sorang sorang, ada yang itu,ini, ada jugak yang salu sakitkan hati aku tapi lekk je aku dah biasa dengan semua benda ni aku dah tak kisah orang buat aku dah kalau dorang nak sakitkan hati aku pun dah macam takde effect. Batch 15. Kitorang riadah sama sama,tuisyen,mathurat,prep,memang semua lah sama- sama. Aku suka kawan dengan dorang semua ni sebab dorang tak pernah fikir nak berjaya sorang sorang dorang akan bantu kawan dorang yang lemah dalam subject tu, dorang akan cuba bantu sesama sendiri walaupun kitorang ni lain kelas. Lepastu kitorang pergi seminar PT3 dekat Crystal Crown, persediaan sebelum PT3 memang fikir belajar je la time tu tak ada masa nak fikir bercuti. Kitorang ada kena buat video batch, masa tu lagi beberapa hari je nak PT3 memang kitorang tak perasan dah sebab happy happy time tu hilangkan stress. Tapi yang sedihnya video kitorang tak pasang pun masa dinner asrama @ Kinrara Resort. Malam tu Batch15 aspuri paling moody. Hmm kenangan banyak sangat tak tahu nak cerita macam mana sebab start aku masuk asrama sampai habis aku masuk semuanya aku rasa nak je cerita dalam ni, semuanya aku rindu setiap detik kenangan kita semua BATCH15.
Pada yg pindah, goodluck walaupun jasad korang takde dengan kitorang tapi hati korang ada dengan kitorang. Keep In Touch lolol